* click graphs to enlarge them! :)
photo by Evan Leeson
- Definisi ekonomi: Kajian tentang perlakuan individu dan masyarakatdalam memperuntukkan dan mengagihkan faktor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
* barangan = barang dan perkhidmatan - Skop mikroekonomi: analisis secara terperinci dan tersendiri peranan setiap unit ekonomi dalam ekonomi serta interaksi antara setiap unit ekonomi dalam menjalankan kegiatan ekonomi
photo by Kuzeytac
- Faktor-faktor pengeluaran:
* Buruh
-- penduduk yang berada dalam lingkungan umur bekerja (17-65 tahun) yang dapat/sanggup menjalankan aktiviti pengeluaran
-- dibahagikan kepada buruh mahir dan buruh tidak mahir
-- merupakan input berubah dalam jangka pendek & panjang
-- mempunyai daya pengeluaran yang berbeza
-- pulangan untuk buruh: upah/gaji
* Tanah
-- sumber asli yang terdapat di bumi yang dapat digunakan untuk tujuan pengeluaran
-- kuantiti penawaran tetap dan berkekalan mengikut lokasi dan geografi
-- nilai tanah berbeza mengikut lokasi dan geografi
-- pulangan untuk tanah: sewa
* Modal
-- sumber ekonomi yang dicipta oleh manusia untuk tujuan pengeluaran
-- dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain
-- pembelian barang modal dikenali sebagai pelaburan
-- pulangan untuk modal: bunga/faedah atau dividen (ekonomi Islam)
* Usahawan
-- individu yang sanggup dan bertanggungjawab menggabungkan faktor-faktor pengeluaran lain untuk menjalankan pengeluaran
-- membuat keputusan pengeluaran, melibatkan diri dalam aktiviti inovasi dan mengambil risiko dalam menjalankan kegiatan ekonomi
-- pulangan untuk usahawan: untung
photo by Laszlo Ilyes
- Pengelasan barang:
* Barang ekonomi
-- barang yang terhad penawarannya
-- penggunaannya melibatkan harga dan kos melepas
-- terbahagi kepada:
~ barang pengguna/akhir (digunakan terus oleh pengguna, contohnya kipas, radio)
~ barang modal (digunakan untuk menghasilkan barang lain, contohnya mesin)
~ barang perantaraan (digunakan sebagai faktor dalam firma lain, contohnya nanas yang digunakan untuk hasilkan jem nanas)
* Barang percuma
-- merupakan anugerah semula jadi dan boleh diperoleh tanpa kos, contohnya air dan udara
-- penawaran tidak terhad, tidak mempunyai harga dan kos lepas adalah sifar
-- akibat pencemaran, barang percuma tidak 'percuma' dalam erti kata sebenar
* Barang awam
-- barang yang tidak bersaing dan tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian (sesiapa pun boleh menggunakannya tanpa halangan), contohnya jalan raya dan telefon awam
-- disediakan oleh kerajaan dan dibiayai secara tidak langsung melalui cukai
* Barang persendirian
-- barang yang dibiayai oleh pengguna sendiri, contohnya rumah dan kereta
-- tertakluk kepada prinsip pengecualian, iaitu barangan hanya boleh digunakan sekiranya dibayar harganya/dapat persetujuan pemiliknya
photo by pawpaw67
- Konsep kos lepas
* Wujud akibat kekurangan sumber ekonomi untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
* Merupakan barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat barangan yang terbaik
* Barangan terbaik = barangan yang memberikan kepuasan maksimum (pengguna) atau keuntungan maksimum (pengeluar)
- Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)
* Merupakan rajah yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sesebuah negara berdasarkan sumber ekonomi dan tingkat teknologi yang sedia ada
* Andaian dalam analisis KKP:
-- Negara hanya mengeluarkan dua jenis barang
-- Jumlah faktor pengeluaran adalah tetap
-- Tingkat teknologi adalah tetap
-- Ekonomi berada dalam tahap guna tenaga penuh
* Titik-titik dalam KKP menunjukkan kombinasi pilihan untuk pengeluaran:
- KKP dan kos lepas
- KKP dan pertumbuhan ekonomi
photo by nebojsa mladjenovic
- Unit/Pelaku ekonomi
* Isi rumah
-- unit manusia (keluarga/individu) yang membuat keputusan tentang penggunaan barangan untuk memaksimumkan kepuasan dengan pendapatan yang ada
-- pendapatan isi rumah diperoleh daripada upah, sewa, bunga, dan bantuan/pinjaman
* Firma
-- unit ekonomi yang menjalankan aktiviti pengeluaran
-- kelompok firma yang sama jenis dikenali sebagai industri
-- kos yang ditanggung firma adalah kos untuk mendapatkan input manakala pendapatan adalah bayaran isi rumah kepada firma untuk mendapatkan barangan firma
-- matlamat utama adalah memaksimumkan keuntungan (untung = pendapatan - perbelanjaan)
* Kerajaan|
-- badan yang mengurus dan melaksanakan kegiatan ekonomi sesebuah negara
-- kerajaan akan mengawasi aktiviti isi rumah dan firma untuk memelihara kebajikan masyarakat
-- kerajaan juga mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan firma untuk penggunaan masyarakat
-- perbelanjaan kerajaan dibiayai oleh cukai yang dikenakan terhadap isi rumah dan firma
photo by Ariel Dovas
- Masalah asas ekonomi:
* Apakah/berapakah barang/perkhidmatan yang hendak dikeluarkan? (isi yang sama, huraian berbeza)** Apakah yang hendak dikeluarkan?
-- wujud akibat sumber ekonomi yang terhad
-- pengeluar harus membuat pilihan tentang barang yang hendak dikeluarkan
-- barang yang dikeluarkan perlu merupakan kehendak manusia yang dapat memberikan kepuasan kepada pengguna dan keuntungan kepada firma
** Berapa banyak barang/perkhidmatan yang hendak dikeluarkan?
-- masalah ini diatasi melalui menilai jumlah permintaan pengguna
-- pengeluaran harus dibuat dalam jumlah yang tepat agar tidak wujud lebihan permintaan/penawaran
-- jumlah barangan yang dikeluarkan juga bergantung kepada jumlah faktor pengeluaran yang sedia ada
* Bagaimanakah barang/perkhidmatan itu hendak dikeluarkan?
-- merujuk kepada pemilihan teknik pengeluaran untuk menjalankan pengeluaran
-- pengeluar harus menggabungkan faktor-faktor pengeluaran secara cekap, iaitu dengan kos pengeluaran minimum dan keuntungan maksimum
-- teknik pengeluaran:
~ kaedah pengeluaran berintensifkan buruh
~ kaedah pengeluaran berintensifkan modal
* Untuk siapakah barang/perkhidmatan itu dikeluarkan?
-- merujuk kepada pengagihan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat
-- pengagihan barangan bergantung kepada agihan pendapatan, kemampuan dan kuasa beli masyarakat
-- barangan dikeluarkan kepada golongan yang mampu membayarnya
-- lebih banyak barangan dan barangan yang mahal dapat dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi; begitu juga sebaliknya
photo by Sam Ilić
- Aliran pusingan pendapatan
* menunjukkan hubungan antara pelaku-pelaku ekonomi melalui aliran fizikal (barangan) dan aliran wang (perbelanjaan dan pendapatan) di sesebuah ekonomi
* Pasaran faktor = pasaran penjualan/pembelian faktor-faktor pengeluaran
* Pasaran barang = pasaran penjualan/pembelian barangan
Aliran pusingan pendapatan dalam:
* Pasaran bebas
- * Pasaran campuran
No comments:
Post a Comment